Malaysia rekod 2.98 juta panggilan penipuan

Malaysia rekod 2.98 juta panggilan penipuan

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 2.98 juta panggilan penipuan tahun lalu, me­ningkat 82.81 peratus berbanding 1.63 juta pada 2023.

Menurut Laporan Tahunan Whoscall 2024, data tersebut dikumpul sepanjang Januari hingga Disember 2024 melibatkan lapan negara termasuk Malaysia, Taiwan, Thailand, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina.

Laporan itu turut mendedahkan, Malaysia mencatat kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan negara yang dikaji, apabila 72.5 peratus pengguna yang memeriksa ciri keselamatan ID Whoscall mendapati maklumat mereka telah terdedah.

Menurut Pengarah Pemba­ngunan Perniagaan Gogolook Malaysia, Voon Chang Liew, Malaysia juga mempunyai kadar kebocoran nama yang tinggi iaitu 89 peratus diikuti alamat dan e-mel.

Ia sekali gus memberi ke­lebihan kepada scammer untuk menyamar sebagai wakil institusi kewangan, agensi kerajaan atau syarikat penghantaran bagi memperdaya mangsa.

Mengulas laporan itu, Pre­siden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempersoal tindakan kerajaan serta garis panduan yang telah digubal bagi memastikan kejadian kebocoran data pengguna tidak berulang.

Katanya, pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 sememangnya berperanan dalam pemantauan dan pengawasan, namun hasil penguatkuasaan kurang memuaskan.

“Adakah kerajaan tidak mahu bertanggungjawab atau sekadar lepas tangan dalam isu kebocoran data peribadi ini? Seiring dengan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam taktik penipuan, rakyat semakin sukar untuk membezakan maklumat yang benar atau palsu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya