ARAU: Malaysia mampu melahirkan 60,000 jurutera pelbagai bidang bagi memenuhi pasaran kerja membabitkan syarikat tempatan dan antarabangsa hasil kejayaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terus diperkasakan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain menyediakan program TVET kepada para pelajar, kebanyakan institusi kerajaan juga kini menawarkan kursus peningkatan kemahiran (upskilling) kepada pekerja mahir sedia ada. Katanya, kursus peningkatan kemahiran berjaya menjadikan pekerja berkemahiran tinggi sehingga mereka ditawarkan gaji lumayan di dalam dan luar negara. Kata beliau, mengambil contoh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya