Malaysia kutuk pembunuhan sukarelawan Mapim di Gaza

Malaysia kutuk pembunuhan sukarelawan Mapim di Gaza

ANWAR Ibrahim (kiri) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) pada mesyuarat khas pembangunan Pulau Pinang, di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia mengutuk sekeras-keras­nya pembunuhan dan kezaliman Israel terhadap sukarelawan Maj­lis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang sedang menjalankan misi kemanusiaan di Gaza ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan yang dilakukan rejim Israel itu.

“Kita mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas untuk kemanusiaan, membantu pesakit dan sebagainya.

“Kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Anwar bersama kepimpinan negeri menghadiri mesyuarat khas pembangunan Pulau Pinang, di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, pada Sabtu.

Serangan itu berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari waktu tempatan ketika mereka mendirikan khemah bagi me­nempatkan keluarga pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah tersebut.

Lapan petugas kemanusiaan yang terkorban telah dikenal pasti sebagai Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya