Malaysia antara terawal bantu Myanmar - KSN

Malaysia antara terawal bantu Myanmar – KSN

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Malaysia menjadi antara negara terawal menghulurkan bantuan kepada Myanmar yang dilanda bencana gempa bumi sehingga mengakibatkan kematian membabitkan lebih 1,600 nyawa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, ketika rata-rata umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Syawal, seramai 50 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ditugaskan ke Myanmar pagi ini.

Katanya, kehadiran mereka adalah untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ekoran bencana gempa bumi.

“Marilah kita mendoakan agar Pasukan SMART Malaysia yang diketuai oleh Kontinjen Komander PGKB 1 Mohamad Hafiezul Abdul Halim diberikan perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan tugas dan jasa khidmat bantuan kemanusian bagi anggota keselamatan.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan tugas dan jasa khidmat bantuan kemanusian bagi anggota keselamatan yang lain (polis, bomba, tentera) dan termasuk pasukan perubatan semasa semasa musim perayaan ini,” katanya.

Kelmarin, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter pada antara yang terbesar menggegarkan negara Asia Tenggara sekali gus melumpuhkan perkhidmatan lapangan terbang, jambatan dan lebuh raya khususnya di Myanmar.

Terbaharu, jumlah kematian yang direkodkan meningkat mencecah 2,000 nyawa namun angka itu dijangka terus meningkat selepas operasi SAR dilakukan dalam skala lebih besar membabitkan pelbagai negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya