GADING Berhad menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Bersama Anak-Anak Tahfiz di Tropicana Golf and Country Resort, Selangor, baru-baru ini.
Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Siti Amira Nurshafieqah Johari itu antara lain bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara pekerja-pekerja syarikat berkenaan serta wakil-wakil daripada anak syarikat.
Seramai 20 pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hidayah Ampang turut diraikan dan menerima sumbangan pada majlis tersebut. – UTUSAN