MAIWP salur RM1.85 juta bantu pesakit kepada 14 hospital

MAIWP salur RM1.85 juta bantu pesakit kepada 14 hospital, pusat perubatan

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika bergambar bersama kesemua penerima sumbangan pada program Rahmah Madani Ramadan MAIWP : Majlis Sumbangan Kepada Pusat Perubatan dan Hospital Tahun 2025 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan peruntukan berjumlah RM1.85 juta bagi membantu pesakit yang memerlukan di 14 hospital dan pusat perubatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, dana itu akan digunakan untuk membantu meringankan beban pesakit termasuk pembayaran bil rawatan, kos ubatan dan keperluan lain yang berkaitan.

“MAIWP turut menyediakan sebuah Coaster Bus bernilai RM229,000 kepada Hospital Kuala Lumpur bagi kegunaan pesakit dan waris,” katanya pada sidang akhbar Majlis Sumbangan Kepada Pusat Perubatan dan Hospital Tahun 1446H/2025M di Hospital Tunku Azizah, hari ini.

Mohd. Na’im berkata, MAIWP juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Bakti Kasih Malaysia (PKBKM) menyalurkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada 10,000 petugas barisan hadapan di hospital terpilih dengan peruntukan RM200,000.

Beliau berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang memungkinkan program kebajikan sebegini terus dilaksanakan.

“Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan serta memberi manfaat kepada sistem kesihatan negara.

“Majlis yang diadakan sempena Rahmah Madani Ramadan MAIWP ini merupakan program tahunan yang bertujuan membantu pesakit kurang berkemampuan menerusi Tabung Kebajikan Hospital,” katanya.

Mohd Na’im berkata, pihaknya bersama agensi-agensi hal ehwal Islam khususnya MAIWP akan sentiasa memberikan penumpuan kepada program-program kesejahteraan insan.

“la adalah terkandung dalam Teras 2, Pelan Transformasi Al-Falah yang menjadi dokumen untuk memperkukuh pentadbiran Islam di Malaysia.

“Inilah juga perkara yang sering diperingkatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim agar semua agensi Kerajaan memberikan fokus kepada inisiatif untuk membantu masyarakat di lapangan,” katanya.

Antara hospital yang menerima peruntukan tersebut ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Yayasan Institut Jantung Negara (IJN Foundation) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya