MAINS sasar kutip RM8 juta wakaf tunai

MAINS sasar kutip RM8 juta wakaf tunai

ABDUL Aziz Sheikh Ab. Kadir (tengah) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Negeri Sembilan 2025 di Seremban hari ini. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyasarkan kutipan RM8 juta wakaf tunai dapat dikumpulkan pada tahun ini dibantu peningkatan jumlah potongan gaji daripada penjawat awam di negeri ini yang telah menerima pelarasan gaji.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, terdapat 25,000 penjawat awam di negeri ini yang berwakaf tunai menerusi potongan gaji.

“Selain penerimaan melalui potongan gaji daripada kakitangan kerajaan dan swasta, selebihnya adalah daripada masyarakat yang berwakaf melalui perbankan dalam talian, tabung wakaf dan secara tunai di kaunter daerah MAINS.

“Agihan wakaf oleh MAINS merangkumi empat sektor utama iaitu pendidikan, kesihatan, sosioekonomi, dan penbangan Harta. Melalui inisiatif ini, MAINS berperanan dalam menyalurkan manfaat kepada yang memerlukan,” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Negeri Sembilan 2025 di sini sini hari ini. 

Yang turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr. Adnan Mat. 

Beliau berkata, antara agihan yang telah dilaksanakan termasuk penyediaan peralatan kesihatan seperti mesin oksigen, mesin ultrasound serta peralatan perubatan untuk kegunaan hospital kerajaan serta swasta. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adnan berkata,  pihaknya yakin isu penangguhan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu bagi jururawat dapat ditangani dengan sebaiknya. 

Beliau berkata, Cuepacs turut percaya penangguhan berkenaan mampu melegakan keadaan dan ruang memberi pandangan serta cadangan dalam mencapai satu keputusan menang-menang dalam semua keadaan.

“Keputusan penangguhan pelaksanaan waktu kerja 45 jam dan mengekalkan 42 jam selama tiga bulan adalah satu tempoh yang bersesuaian untuk semua pihak memberi pandangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya