MAINJ tanggung kos rawatan dua penuntut kemalangan di Jordan

MAINJ tanggung kos rawatan dua penuntut kemalangan di Jordan

MOHD. Fared Mohd. Khalid pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Penyelarasan Pembasmian Kemiskinan Tegar dan Taklimat Program Dapur Kasih Johor 2025 di Kota Iskandar, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menanggung kos perubatan dua penuntut Universiti Mu’tah, Jordan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kedua-dua penuntut tahun pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul, iaitu Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian merupakan anak jati Johor.

Berdasarkan maklumat yang diterima katanya, kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan, namun masih trauma.

“Kos perubatan mereka sebanyak RM4,424.59 akan ditanggung MAINJ. Kami dimaklumkan juga kedua-duanya merupakan pelajar persendirian.

“Ketika ini, mereka masih berada di Hospital Al-Karak Jordan. Muhammad Zaqwan dijangka akan keluar dari hospital pada hari ini manakala Muhammad Ilham masih menggunakan pembalut leher dan dalam pemantauan hospital,” katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) memaklumkan memantau rapat keadaan empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di negara itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tiga daripada mereka berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi masih memerlukan perhatian rapi pihak hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya