Mahu jadi calon untuk diri sendiri atau rakyat? - ADUN Pintasan - Utusan Malaysia

Mahu jadi calon untuk diri sendiri atau rakyat? – ADUN Pintasan

FAIRUZ RENDDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan tidak kisah sekiranya ada parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ingin bertanding di kerusi yang kini disandangnya.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, beliau sedia menerima apa sahaja yang diputuskan oleh pimpinan GRS.

“Bagi saya bukan soal siapa akan menjadi calon tapi, soalnya sekarang kita menjadi calon adakah hanya untuk diri sendiri atau untuk rakyat? Siapa pun yang akan bertanding di DUN Pintasan, sama ada saya atau beliau (Pandikar Amin), kita akan akur.

“Tapi bagi saya yang sudah hampir menghabiskan satu penggal, banyak yang kita telah selesaikan. Mudah-mudahan kita masih ada ruang untuk memberi khidmat sekurang-kurangnya sepenggal lagi di DUN Pintasan,” katanya mengulas hasrat Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengintai kerusi DUN Pintasan menjelang PRN17.

Katanya, pada PRN Sabah yang lalu, beliau sendiri bersaing dengan Pandikar Amin di kerusi DUN Pintasan dan ketika itu, Presiden USNO telah tewas.

Menurutnya, parti-parti komponen GRS mempunyai hak untuk menyatakan pandangan namun, pada akhirnya pimpinan tertinggi yang akan memutuskan selepas perbincangan dilakukan.

“Secara jujur, saya tidak akan sendiri-sendiri mempertahankan kerusi DUN Pintasan. Siapa pun yang diberi amanah bertanding di kerusi ini, kita akan bantu pertahankan. Bukan hanya kerusi Pintasan tetapi juga kawasan lain yang ditandingi GRS,” katanya.

Biarpun banyak parti yang mula mengumumkan untuk bertanding secara solo namun, beliau melihat keperluan untuk parti bersatu menjadi sebuah gabungan yang kuat.

“Adakah kita mahu bertanding untuk menjadi sebuah parti yang kuat atau kita mahu berpecah. Tapi, seperti amanat yang disampaikan Pengerusi GRS, dia mahu menyatukan semua parti.

“Maka, kita tunggu perbincangan mengenai agihan kerusi, kita beri kepercayaan kepada presiden dan pimpinan tertinggi GRS untuk berbincang tentang rakan gabungan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya