SHAH ALAM: Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di sekitar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.
Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk itu merupakan anjuran kali keempat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) dengan kerjasama Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia).
Inisiatif itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta menyantuni warga UiTM khususnya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).
Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bermula seawal pukul 8 pagi di FKPM dengan bantuan warga kerja fakulti, sekretariat mahasiswa serta kakitangan Media Mulia.
Turut menjayakan program ialah Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Ahmad Tajuddin Idris; Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz dan Dekan FKPM UiTM, Prof. Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman. – UTUSAN