Mahasiswa USIM jadi imam tarawih di Auckland

Mahasiswa USIM jadi imam tarawih di Auckland

MUHAMMAD Hanif Zakaria ketika mengimamkan solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre di Auckland, New Zealand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Seorang mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah apabila dipilih dan diberi kepercayaan menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre di Auckland, New Zealand. 

Muhammad Hanif Zakaria, 24, dari Fakulti Quran dan Sunnah USIM berkata, dia bersyukur apabila terpilih dan menyifatkan ia sebagai peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan.

“Saya terkejut kerana untuk dipilih kerana saingan sengit semasa temuduga. Namun saya sangat bersyukur kerana ini peluang keemasan, sekali seumur hidup.

“Selain memimpin solat, saya turut mengajar Al-Quran kepada jemaah setempat, menjadikan pengalaman di bumi Auckland lebih bermakna,” katanya yang menjalankan tugas sebagai imam solat tarawih bermula 2 Mac lalu sehingga 26 Mac ini.

Sebagai wakil pertama USIM yang berkhidmat di New Zealand, Muhammad Hanif berharap penglibatannya menjadi pembuka jalan kepada pelajar lain pada masa akan datang. 

“Saya mahu menjadi perintis. Semoga selepas ini lebih ramai pelajar USIM dapat berkhidmat di sini dan kerjasama antara USIM dan masjid di New Zealand dapat diteruskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Hanif memberitahu tidak akan melupakan pesanan keluarga supaya menghormati masyarakat setempat serta menjaga nama baik keluarga dan USIM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya