Lori muatan pakaian terbalik, pemandu dan kelindan maut

Lori muatan pakaian terbalik, pemandu dan kelindan maut

SEBUAH lori membawa muatan pakaian pekerja kilang terbabas di Kilometer 226.3 PLUS arah utara berhampiran Rembau, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Pemandu dan kelindan sebuah lori maut apabila kenderaan berat yang membawa muatan pakaian pekerja kilang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 226.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa berusia 32 dan 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lori jenis Mitsubishi Fuso itu dalam perjalanan dari Melaka menuju Senawang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai gagal dikawal dan terbabas lalu terbalik ke kiri laluan kecemasan.

“Cuaca ketika itu baik dan pencahayaan di lokasi adalah gelap dan tidak berlampu,” katanya.

Tambah Azmi, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya