Lima rancangan istimewa Syawal 2025 pilihan kami - Utusan Malaysia

Lima rancangan istimewa Syawal 2025 pilihan kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebaran tidak hanya tentang baju baru, atau hidangan tradisi. Namun, yang paling mustahak adalah bagaimana kita menggunakan kesempatan yang ada untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Maklum sahajalah, apabila masing-masing sudah mendewasa, semakin jarang masa dapat diluangkan di rumah.

Aidilfitri kali ini, apa kata kita minta generasi muda untuk letak sekejap telefon bimbit. Setelah penat memasak dan mengemas rumah, ayuh kita semua duduk depan televisyen bersantai. Maklumlah tahun ini ada banyak program rancangan televisyen menarik yang dihasilkan penggiat seni negara kita. 

Boleh bawa sekali rendang dan kuih dalam balang. Sambil makan boleh tonton televisyen, barulah meriah macam zaman sebelum wujudnya internet. Berikut kami senaraikan antara program raya pilihan Mingguan Malaysia yang boleh anda tonton sekeluarga. 

Along bakal mati Syawal ini?

Percaya atau tidak, emak-emak kita memang akan suka drama air mata seperti ini. Drama yang bakal tayang pada raya pertama, 9 malam ini di RTM mungkin akan buat seisi keluarga dilanda pilu. Ia menceritakan tentang seorang lelaki bernama Manaf, yang menyambut raya sendirian. Sebenarnya dia sangat merindui suasana sambut lebaran seperti masa mudanya. Demi nak satukan kembali keluarga, dia terpaksa pura-pura bakal meninggal dunia. Drama ini pula bukan calang-calang, ia dibintangi pelakon handalan seperti Wan Hanafi Su, Farah Ahmad dan Mat Over.

Andai Tiada Suri Raya

Siapa yang tidak tahu drama Andai Tiada Dia yang menggoncangkan negara tahun lalu? Nampaknya, drama ini mungkin akan kembali diperkatakan memandangkan Astro Ria ada buat sambungan drama ini tapi versi istimewa hari raya. Ceritanya, Suri dan Falah mahu sambut hari raya sebagai suami isteri. Tapi Haikal yang merawat Intan di hospital masih  teringatkan masa indahnya bersama Suri. Pelakon pula masih sama, kepada yang rindukan penampilan Ummi Nazeera, Hisham Hamid, Zahiril dan Mimi Lana, kena tengok drama ini yang disiarkan lima hari sepanjang raya pukul 10 pagi. 

MagiSiti 2025

Kena faham juga, kadang tetamu datang beraya tidak sempat kita nak fokus tonton drama. Jadi, pilihan untuk tonton program khas raya Biduanita Negara MagiSiti 2025 pukul 9 malam di Astro adalah keputusan terbaik. Lagipula tengah berbual dengan tetamu, boleh dengar sayup-sayup nyanyian Siti di belakang. Kalau tiada modal mahu berborak, boleh sama-sama ulas nyanyian lagu-lagu Biduanita Negara. Maklumlah, siapa yang tidak pernah dengar lagu Siti. Kali ini Siti turut mengundang tetamu istimewa Umairah dan juga Nadeera. 

Babah

Ini merupakan filem yang turut mendapat perhatian ketika ia ditayangkan pawagam tahun lalu. Runut bunyi filem ini iaitu Rahsia Tuhan nyanyian Noh Salleh juga sempat tular di media sosial sehingga kini. Babah mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah, Isyak, terhadap anak perempuannya, Maya, yang berjuang dengan Sindrom Guillain-Barré. Istimewa Syawal ini, Babah bakal sekali lagi menemui penonton kali ini di platform penstriman Netflix pada hari raya kedua. Lakonan meruntun perasaan Qi Razali dan Sweet Qismina. 

Tiada seperti Leyla

Drama yang satu ini sudah tentu ramai anak muda akan suka. Mana tidaknya, jalan cerita pun ala-ala drama Korea. Tiada seperti Leyla menceritakan seorang gadis, Leyla yang juga seorang intern yang dibuang syarikat selepas bergaduh dengan bos yang miang. Dia kemudian pergi ke syarikat lain, siapa sangka penyelianya adalah musuh ketat ketika zaman sekolah. Plot cerita enemies to lovers ini memang buat ramai berbunga. Drama 30 episod  ini akan disiarkan bermula raya kelapan di platform Viu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya