Lima rakyat Malaysia terlibat penipuan pelaburan didakwa di AS

Lima rakyat Malaysia terlibat penipuan pelaburan didakwa di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia dan dua warga Taiwan didakwa di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan jenayah selepas disyaki terlibat dengan skim penipuan pelaburan ‘pump and dump’ melibatkan hasil rampasan kira-kira AS$214 juta atau bersamaan RM946 juta.

Berdasarkan kenyataan di laman web Jabatan Kehakiman AS, mereka didakwa terlibat dalam promosi dan perdagangan saham yang mengelirukan bagi China Liberal Education Holdings Ltd., iaitu sebuah syarikat yang diperbadankan di Kepulauan Cayman.

“Skim itu didakwa melibatkan individu di China yang menyamar sebagai penasihat pelaburan berpangkalan di AS, menerusi media sosial dan platform sembang yang secara palsu menjanjikan pulangan besar daripada pelaburan dalam syarikat itu.

“Sebaik sahaja harga saham meningkat secara buatan, kumpulan itu menjual saham secara pukal untuk mengaut keuntungan berjuta-juta dolar, yang membawa kepada kejatuhan harga saham. Ia lantas menyebabkan pelabur lain rugi dengan ada yang kehilangan hampir keseluruhan pelaburan mereka,” kata kenyataan itu.

Menurut undang-undang AS, pesalah penipuan sekuriti boleh dihukum penjara sehingga 25 tahun manakala bagi penipuan kawat (wire fraud) boleh dipenjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya