Lima maut nahas empat kenderaan di Kluang

Lima maut nahas empat kenderaan di Kluang

ANGGOTA Bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan, Arah Selatan dekat Kluang, Johor malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sekurang-kurangnya lima orang mangsa dipercayai maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 58.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.48 malam itu turut menyebabkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler terbakar.

Selain lima mangsa maut, kejadian pada pukul 11.48 malam itu turut menyebabkan tujuh individu mengalami kecederaan.

Tiga yang lain dilaporkan terselamat.

Mangsa yang maut dipercayai melibatkan dua pasangan suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Semua mangsa terlibat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dan Hospital Kulai untuk bedah siasat dan rawatan.

Komander Operasi Kanan Nizar Mamun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam mengesahkan mangsa yang dilaporkan maut namun butiran lanjut mengenai kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, seramai 13 anggota daripada BBP Renggam dan Kulai bersama tiga jentera terbabit dalam operasi menyelamat.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan MPV Honda Stepwagon dan treler. Kemalangan juga membabitkan Toyota Camry dan Proton X50,” katanya dalam kenyataannya hari ini

Nizar berkata, maklumat awal mendapati tiga mangsa dalam Toyota Camry selamat, sementara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam Proton X50 cedera.

“Seorang lelaki dalam treler juga cedera. MPV Honda Stepwagon pula membawa seorang lelaki, empat perempuan, serta dua kanak-kanak, membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan (butiran lanjut keadaan mangsa masih dalam siasatan),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya