Lima cedera, bas persiaran rempuh lori

Lima cedera, bas persiaran rempuh lori

KEMALANGAN membabitkan bas persiaran dengan sebuah lori di Kilometer 43, Elite menghala ke Nilai, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lima cedera termasuk pemandu bas dan pemandu pelancong dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dengan sebuah lori di Kilometer 43, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Nilai di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi sewaktu bas persiaran yang membawa pelancong warga China itu sedang dalam perjalanan dari utara ke selatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Hamid berkata, terdapat 20 individu dalam bas berkenaan dan lima daripadanya mengalami kecederaan. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila bas persiaran itu merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa muatan plastik yang berada di laluan sama. 

“Terdapat lima mangsa cedera, termasuk seorang pemandu bas, seorang pemandu pelancong dan tiga pelancong warga China masing-masing berusia lingkungan 40-an manakala penumpang yang lain terselamat. 

“Tindakan kita ialah melakukan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa dalam bas dan memberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Tiada mangsa tersepit,” katanya.

Beliau berkata, ambulans dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Cyberjaya dan Putrajaya turut membantu mangsa yang cedera bagi memberi rawatan selanjutnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya