Letupan di Sungai Golok: PGA diarah tingkat rondaan

Letupan di Sungai Golok: PGA diarah tingkat rondaan di pangkalan haram, kawasan panas

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Gerakan Am (PGA) diarahkan mempertingkatkan rondaan di pengkalan haram dan kawasan titik panas (hotspot) di sepanjang Sungai Golok, Thailand susulan insiden tembakan dan letupan bom di wilayah terbabit, semalam. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau telah mengarahkan setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan  dan mempertingkatkan kawalan di pos keselamatan dan sepanjang Sungai Golok.

Katanya, ia bagi mencegah kemasukan individu tidak diingini ke negara ini.

“Semua PGA telah diarahkan mempertingkatkan rondaan di pengkalan haram dan kawasan hotspot di sepanjang Sungai Golok, Thailand bagi memastikan ia tidak dibolosi penjenayah. 

“Kompeni komander juga telah diarahkan untuk memantau keselamatan pos dan petugas selama 24 jam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, Briged Tenggara dan Polis Kelantan sentiasa memantau keadaan di wilayah Narathiwat dan kawalan ketat dikuatkuasakan serta merta sehingga situasi selamat

Bagaimanapun, jelasnya, setakat ini tiada rakyat Malaysia atau dari Kelantan yang terbabit dan cedera.

Difahamkan, kejadian letupan bom berlaku di hadapan stadium Pekan Sungai Golok dalam wilayah Narathiwat selepas waktu berbuka puasa iaitu kira-kira pukul 6.25 petang (waktu Thailand).

Malam tadi, dua sukarelawan polis maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Serangan kira-kira pukul 7.10 malam waktu tempatan (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata insiden di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berhampiran pasar raya Big C yang sering dikunjungi rakyat Malaysia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya