Lesen Era FM tidak digantung

Lesen radio Era tidak digantung, sebaliknya Maestra Broadcast didenda RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM tidak akan digantung. 

Keputusan itu dibuat selepas meneliti rayuan syarikat berkenaan terhadap notis niat penggantungan lesen yang dikeluarkan pada 7 Mac lalu.

MCMC berkata, pertimbangan keputusan ini mengambil kira beberapa faktor, termasuk tindakan pembetulan yang telah diambil oleh syarikat.

Ini termasuk permohonan maaf daripada pihak terbabit serta kesan penggantungan terhadap stesen radio lain yang beroperasi di bawah lesen sama iaitu Melody FM dan Mix FM.

“Walau bagaimanapun, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan denda sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

“Kompaun tersebut dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC turut menegaskan pihaknya memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

“Semua pengendali dan pengguna platform diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia serta mematuhi undang- undang negara,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, MCMC mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio, pengendali stesen radio Era FM, susulan penyebaran video tular memaparkan penyampainya mempersenda upacara agama Hindu.

MCMC berkata, pemegang lesen diberi tempoh selama 30 hari untuk memberikan maklum balas terhadap notis tersebut sebelum pihaknya membuat sebarang keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya