Lelaki tular cuba pukul pengguna jalan raya ditahan

Lelaki tular cuba pukul pengguna jalan raya ditahan

TANGKAP layar rakaman menunjukkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang pengguna jalan raya lain di Lebuhraya EDL, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang disyaki terlibat kejadian mengugut dan mengacah mahu memukul seorang individu lain yang menggunakan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL), di sini Ahad lalu, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di kawasan Skudai, kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana berang apabila mangsa memotong barisan semasa kesesakan lalu-lintas. Pihak polis turut merampas sebatang rotan bersaiz besar yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang individu lain sebelum mengacah mahu memukulnya.

Menurut Raub, suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah, namun ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya