Lelaki maut, treler dipandu terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki maut, treler dipandu terlibat kemalangan

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan pemandu treler yang tersepit di tempat duduk dalam kemalangan di Jalan Gerik-Kupang, Gerik di sini semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Pemandu sebuah treler muatan kayu lapis terpakai maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Gerik-Kupang, di sini semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Abu Hasan Mat berusia 53 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 8.36 malam.

Katanya, berdasarkan maklumat, kemalangan melibatkan treler membawa muatan kayu lapis terpakai yang terbabas dan terbalik ke dalam longkang di sisi jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 53 tahun telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan dengan memohon bantuan penggunaan ‘winch’ dari sebuah lori milik orang awam bagi membuka ruang kerja operasi menyelamat.

Katanya, anggota kemudian menggunakan peralatan pemotong hidraulik untuk membuka ruang kabin bagi mengeluarkan mangsa.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.21 malam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya