Lelaki maut selepas rempuh belakang treler - Utusan Malaysia

Lelaki maut selepas rempuh belakang treler

KEADAAN kereta yang dipandu seorang lelaki yang merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di Lebuhraya Damansara, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam nahas di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.18 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an tersepit di tempat duduk pemandu.

Pusat Gerakan Operasi negeri Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.18 pagi sebelum sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan sebuah jentera ‘Emergency Medical Rescue Services’ (EMRS) bersama tujuh anggota dikerahkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 3.32 pagi dan mendapati seorang lelaki telah tersepit di tempat duduk pemandu. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa segera dilakukan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya