Lelaki mati ditembak polis anggota sindiket edar dadah

Lelaki mati ditembak polis anggota sindiket edar dadah

MOHD. Khairi Khairuddin (tengah) menunjukkan senjata api dan dadah yang dirampas dalam sidang media berhubung kejadian seorang lelaki yang mati ditembak polis di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mati ditembak polis di Besut, dekat sini hari ini dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan Kelantan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, suspek berusia 31 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dikehendaki polis dan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau antaranya kegiatan ugutan jenayah, pecah rumah dan curi serta samun bersenjata.

Katanya, pemeriksaan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu suspek menemukan sepucuk pistol berwarna perak bersama magazine dan empat peluru hidup serta tiga kelongsong peluru di lantai kenderaan tersebut.

Selain itu, anggotanya menemukan sebilah pisau, satu bungkusan warna hitam dipercayai dadah jenis pil kuda seberat 205.81 gram dan plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu seberat 82.57 gram  bernilai keseluruhan RM29,000.

“Semasa sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman sedang melakukan tugas rondaan Op Laras pada pukul 2.20 pagi telah terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika pasukan itu sampai di jalan berhampiran TUDM Gong Kedak, Besut.

“Semasa usaha untuk menahan kenderaan itu untuk diperiksa, tiba-tiba suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan serbuan polis.

“Polis membalas tembakan tersebut untuk mempertahan diri sehingga tiada lagi tembakan balas diberikan dan hasil pemeriksaan ke kenderaan dinaiki suspek mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan, ” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati kenderaan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya