Lelaki ditahan selepas lima jam samun barangan emas bernilai RM2 juta

Lelaki ditahan selepas lima jam samun barangan emas bernilai RM2 juta

Ridzokumura
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM1 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek ditahan pada 10.15 malam di sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada hari sama.

Katanya, turut ditemukan semula iaitu sejumlah barangan kemas yang disamun.

“Pusat Kawalan Polis Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima satu maklumat daripada orang awam mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah premis kedai emas di pasar raya di Kota Damansara pada 4.56 petang semalam.

“Penjenayah dipercayai menggunakan senjata disyaki sepucuk pistol semasa melakukan samun.

“Sejumlah tujuh dulang barang kemas di dalam rak pameran kedai berjaya dilarikan oleh penjenayah dan kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang menunggu di luar pasar raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM2 juta.

Jelasnya, bertindak atas risikan dan maklumat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPD Petaling Jaya berjaya menangkap seorang lelaki disyaki suspek yang melakukan jenayah samun itu.

“Hasil serbuan berjaya menemui semula sejumlah barang kemas yang dilarikan. Tangkapan dan barang kes dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan menggunakan senjata api,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Farokh Faisal Ahmad di talian 017-7762991. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya