Lelaki didakwa bunuh ibu dihantar ke hospital bahagia

Lelaki didakwa bunuh ibu dihantar ke hospital bahagia

ABD. Rahman Harun dikawal anggota polis selepas berdepan pertuduhan membunuh ibunya di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan mental didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, Ahad lalu.

Tertuduh, Abd. Rahman Harun, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Isah Salleh, 68, di rumah di Kampung Bok-Bok, Mukim Derga, Alor Setar antara pukul 7 hingga 8 pagi, 2 Mac lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun sehingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Huda Diyanah Amir Hamzah yang tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon supaya tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bermula Selasa ini sebelum kes disebut semula pada 10 April depan untuk laporan psikiatri.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seorang wanita warga emas maut dalam keadaan tragis apabila mayatnya ditemukan terbakar dipercayai akibat perbuatan anak lelakinya di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.48 pagi sebelum sepasukan polis diarah ke lokasi kejadian. 

Bedah siasat mendapati kematian warga emas itu dipercayai akibat hentakan objek tumpul pada kepala dan lemas setelah terhidu asap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya