Lebih RM318 juta wang zakat diagih di Terengganu 

Lebih RM318 juta wang zakat diagih di Terengganu 

SEBAHAGIAN daripada wakil 43 syarikat menyerahkan zakat perniagaan kepada  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengagihkan sebanyak RM318.6 juta wang zakat kepada lapan kategori asnaf di negeri ini, tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, agihan zakat tersebut meningkat sebanyak 23.65 peratus berbanding lebih RM257 juta sepanjang 2023.

“Golongan asnaf miskin menerima jumlah agihan tertinggi sebanyak RM189.5 juta atau 59.49 peratus daripada keseluruhan peruntukan. Asnaf fisabilillah pula menerima RM51.1 juta (16.5 peratus) manakala asnaf fakir memperoleh bantuan berjumlah RM27.8 juta,” katanya selepas hadir di majlis penyerahan zakat korporat di sini.

Sebanyak 43 syarikat tampil menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM5.56 juta kepada Maidam dalam majlis tersebut.

Beliau berkata, hasil kutipan zakat meningkat sebanyak RM275.9 juta tahun lalu berbanding RM255.3 juta pada 2023.

“Zakat pendapatan merekodkan jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM146.1 juta atau 52.96 peratus diikuti zakat perniagaan RM64.1 juta (23.24 peratus) dan zakat wang simpanan RM40 juta (14.52 peratus). 

“Selain itu, kita menyalurkan sebanyak RM91.95 juta menerusi Yayasan Pendidikan Maidam bagi pelbagai program pendidikan untuk membantu golongan pelajar terutama dari keluarga berpendapatan rendah.Antaranya ialah bantuan awal pengajian ke institusi pendidikan tinggi sebanyak RM13.4 juta dan bantuan pendidikan asnaf sebanyak RM16 juta.,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya