Lebih 10,000 hadir meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri

Lebih 10,000 hadir meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya malam ini.

Program bermula pukul 5.30 petang itu anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama 13 agensi dan Perbadanan Putrajaya (PPj) serta 13 agensi Hal Ehwal Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Program dimeriahkan dengan kehadiran Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tiba kira-kira pukul 7 malam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta kenamaan-kenamaan lain.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid istimewa daripada Kumpulan Rabbani yang mengalunkan irama yang mendamaikan jiwa dan menyemarakkan semangat keislaman.

Seterusnya, hadirin dihidangkan dengan tausiyah khas yang penuh hikmah oleh Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Badlishah Alauddin, bertemakan ‘Ramadan Pemacu Ummah Madani’

Pada majlis sama, Mohd Na’im turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 asnaf dan sembilan institusi pondok.

Terdahulu, Anwar turut menyantuni orang ramai yang hadir termasuk ilmuan-ilmuan agama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya