Lebih 1,000 terima sumbangan Ikhlas Gema Ramadan Bernas

Lebih 1,000 asnaf, ibu tunggal terima sumbangan Ikhlas Gema Ramadan Bernas

JOHARI Abdul Ghani (tengah) menyerahkan sumbangan kepada anak yatim pada Program Ikhlas Gema Ramadan 2025 anjuran Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bersama Asnaf di PPR Hiliran Ampang.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang menerima manfaat menerusi Program Ikhlas Gema Ramadan 2025 anjuran Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau menghargai usaha Bernas dalam menyantuni golongan B40 yang memerlukan di kawasan bandar.

“Sejumlah 940 unit penghuni rumah di PPR Hiliran Ampang menerima 10 kilogram kampit beras, gula dan bubur lambuk untuk keperluan asas mereka.

“Selain itu, setiap rumah yang mempunyai ibu tungggal dan anak yatim menerima bantuan keperluan asas serta duit raya.

“Ini antara usaha program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Bernas untuk memberi semula kepada rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Beliau berkata demikian pada Program Ikhlas Gema Ramadan 2025 Anjuran Bernas dan Majlis Berbuka Puasa di sini, hari ini.

Johari kemudian menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan.

Turut hadir Pengerusi Bernas, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernas, Zulkiflee Abdul Rahman serta pengurusan kanan Bernas.

Dalam pada itu, Rohani berkata, terdapat keperluan untuk meningkatkan lagi program CSR di kawasan bandar.

“Penting untuk melaksanakan CSR di kawasan bandar kerana terdapat lebih ramai golongan memerlukan kerana kebiasaannya kami melakukan di luar bandar serta perkampungan orang asli.

“Pemerkasaan taraf hidup komuniti sentiasa menjadi keutamaan Bernas. Kami bukan sahaja memberikan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah tetapi juga kepada golongan miskin bandar yang tergolong dalam kategori sama,” katanya.

Beliau turut menziarahi mangsa yang ditimpa musibah di PPR itu bagi menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban mangsa.

“Kebetulan tadi ada dua yang ditimpa musibah yang kami lawat tadi. Mereka merupakan mangsa kebakaran dan strok yang berlaku baru-baru ini.

“Justeru, kami mendoakan yang terbaik buat semua yang tinggal di sini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya