Lebih 1 juta tan kelapa tua diimport, bekalan dijamin cukup

Lebih 1 juta tan kelapa tua diimport, bekalan dijamin cukup

ARTHUR JOSEPH KURUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengimport dan mengedarkan sebanyak 1,053,011 biji kelapa tua atau 1,053 tan bernilai RM2.42 juta, setakat 23 Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, bekalan kelapa itu disalurkan melalui 42 Pusat Operasi FAMA di seluruh negara serta dipasarkan ke outlet peruncitan FAMA dan pemborong utama bagi memastikan ketersediaan bekalan di pasaran.

“Sebagai langkah jangka pendek, kementerian melaksanakan tiga intervensi utama, iaitu meningkatkan import kelapa tua dari Indonesia, mendapatkan bekalan dari Sabah dan Sarawak, serta bekerjasama dengan FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk memperoleh bekalan daripada peladang dan pekebun kecil tempatan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Koh Nai Kwong mengenai langkah kementerian untuk mengelakkan krisis bekalan kelapa pada masa depan.

Arthur berkata, bagi pelan jangka panjang, KPKM menggalakkan penanaman kelapa secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

“Dengan strategi ini, KPKM komited memastikan bekalan kelapa sentiasa mencukupi dan harga kekal kompetitif demi kesejahteraan pengguna serta industri berasaskan kelapa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya