Lapor salah jenayah, langgar syariat Islam supaya pesalah kena hukuman

Lapor salah jenayah, langgar syariat Islam supaya pesalah kena hukuman

MOHD. Na'im Mokhtar (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim semasa hadir merasmikan penjenamaan semula The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu di sini, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian jenayah atau pelanggaran dari sudut syariat Islam untuk tindakan setimpal diambil terhadap pesalah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia termasuk kesalahan berkaitan agamawan atau penerbitan filem dan drama yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan umat Islam ketika ini.

“Bagi drama atau filem contohnya, kita memang ada garis panduan yang lengkap supaya mana-mana produksi mematuhinya. Dalam konteks Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), tugasnya adalah mendidik dan mengeluarkan garis panduan. 

“Namun, jika ada pelanggaran, saya amat berharap masyarakat dapat buat aduan kepada Kementerian Komunikasi dan Jakim akan bekerjasama untuk tindakan seterusnya,” katanya selepas merasmikan penjenamaan semula The Grand Puteri Hotel di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial mengenai kebimbangan orang ramai mengenai banyak adegan yang memualkan melalui drama-drama yang disiarkan kerana mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, tauliah mengajar yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam di setiap negeri wajar ditarik sekiranya ada agamawan yang terpalit dengan mana-mana kesalahan termasuk jenayah seksual.

“Namun, perkara yang perlu dilakukan ialah membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan secara terperinci. Kalau kita nak tarik balik tanpa ada sebarang sabitan jenayah itu agak sukar, perlu ada sabitan yang dibuktikan pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya