Lapan jemaah cedera beranda surau runtuh

Lapan jemaah cedera beranda surau runtuh

KEADAAN beranda kayu yang runtuh menyebabkan lapan jemaah surau Parit Haji Ismail 1 cedera dalam kejadian Bagan Serai, Perak semalam. UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Lapan jemaah surau Parit Haji Ismail 1 di sini yang sedang menunggu solat tarawih cedera akibat beranda surau tersebut runtuh semalam.

Kejadian menyebabkan tiga daripada mangsa mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Hospital Taiping.

Penghulu Mukim Bagan Serai,  Zamri Arifin berkata, jemaah terlibat mengalami kecederaan setelah jatuh dari ketinggian tujuh kaki apabila beranda kayu tempat mereka duduk tiba-tiba runtuh.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati lantai beranda yang runtuh itu dibuat daripada kayu alang dan papan lama yang telah dimamah usia.

Katanya, terdapat juga kesan bahagian kayu beranda yang sudah dimakan anai-anai. 

“Beranda ini runtuh dipercayai disebabkan faktor usia kayu yang digunakan. Saya berharap pihak berkenaan segera turun padang untuk membantu. 

“Surau ini penting bagi masyarakat di sini,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Zamri memberitahu, Jabatan Agama Islam Bagan Serai sedang meneliti berkenaan status tapak surau tersebut. 

Katanya, surau itu didirikan di atas tanah persendirian dan sudah digunakan lebih daripada 15 tahun. 

“Penduduk di sini memaklumkan pemilik tanah telah mewakafkan tapak untuk pembinaan surau.

“Namun kami masih belum menerima surat rasmi yang mengesahkan bahawa tapak ini telah diwakafkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berharap pemilik tanah memberikan kerjasama untuk membuat penjelasan mengenai status tapak surau tersebut.

“Ini akan mempercepatkan proses bantuan baik pulih dan sekiranya perlu, permohonan pembinaan surau baharu mungkin akan dibuat pada masa depan,” katanya.

Surau tersebut kini digunakan lebih 30 jemah setiap hari dan jumlahnya semakin bertambah terutama pada bulan Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya