Lapan Bazar Rahmah beroperasi di Terengganu

Lapan Bazar Rahmah beroperasi di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai menu rahmah berharga bawah RM5 melalui penganjuran Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Madani di lapan lokasi di negeri ini, tahun ini.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Mohd. Musfi Lat berkata, penganjurannya secara berperingkat adalah di bawah inisiatif Payung Rahmah.

“Lokasi pertama adalah di Sungai Tarom, Setiu, diikuti Chukai di Kemaman hari ini, Ajil di Hulu Terengganu (6 Mac) dan Sura Gate di Dungun (10 Mac).

“Lokasi seterusnya ialah di Wakaf Tengah, Kuala Nerus pada 14 Mac diikuti Kampung Raja di Besut (15 Mac), Manir di Kuala Terengganu (21 Mac) dan Wakaf Dua, Marang (22 Mac),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kerajaan tidak me­ne­tapkan sebarang meka­nisme khas untuk kaedah pelaksanaan menu Rahmah tersebut namun yang penting, menu ditawarkan berkhasiat dan mana-mana peniaga yang menjual menu mereka di bawah harga RM5 boleh mempromosikan menu tersebut sebagai menu Rahmah.

“Menu Rahmah ini diharap dapat membantu penjimatan pengunjung bazar Ramadan terpilih terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Menurutnya, seramai 2,000 pengunjung terawal berpeluang menebus RM20 seorang melalui program Retail Digitalisation Inisiative (REDi) yang mengga­lakkan kaedah pembe­lian tanpa tunai di lapan bazar Ramadan tersebut.

Insentif disediakan kerajaan ini melibatkan peruntukan RM40,000 dan orang ramai yang hadir boleh mendapatkannya di reruai yang disediakan di bazar Ramadan pada tarikh ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya