Lagu paling menimbulkan tanda tanya peminat Blackpink - Utusan Malaysia

Lagu paling menimbulkan tanda tanya peminat Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASCA YG Entertainment menyaksikan empat ahli kumpulan sensasi Blackpink iaitu Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo benar-benar bersinar ketika menghidupkan kerjaya solo mereka. Bermula pada Jun tahun lalu empat jelitawan ini seolah-olah mengambil giliran mencipta nama sehingga menggoncang carta muzik antarabangsa. Tidak hanya Jisoo yang sibuk menyandang watak utama untuk beberapa drama di Korea Selatan, malah Jennie juga melakukan debut lakonan menerusi siri HBO The Idol diikuti Lisa dalam The White Lotus yang sedang tayang di MAX. 

Namun begitu, muzik tetap menjadi perjuangan nombor satu keempat-empat wanita tersebut. Tahun 2025 menyaksikan cita rasa muzik setiap individu dan juga mesej sebenar yang ingin disampaikan mereka menerusi album solo masing-masing. Berikut kami tampilkan lagu yang paling menjadi tanda tanya peminat dalam album mereka.

LISA-DREAM

Dalam album Alter Ego yang dipenuhi lagu rap, megah, ganas dan rancak, tiba-tiba di track terakhir Lisa menampilkan Dream menceritakan rasa kehilangan seseorang yang dirindunya. Kali terakhir dia bertemu seseorang itu pada 2019. 

Peminat mula menggali apa yang terjadi kepada Lisa di tahun itu memandangkan penyanyi asal Thailand itu tidak pernah mengesahkan sebarang hubungan romantis. Nama yang dikaitkan dengan lagu itu ialah Jung Jaewon yang merupakan bekas ‘trainee’ di syarikat sama yang keluar pada 2019. 

ROSE-TOXIC TILL THE END 

Walaupun APT kolaborasi dengan Bruno Mars menjadi lagu paling popular dalam album Rosie. Namun ketika album itu terbit, peminat mula pelik dengan tema album berkaitan patah hati kerana tiada siapa pernah menghidu penyanyi itu menjalin hubungan dengan sesiapa. Rose mengejutkan peminat tentang kisah cintanya dengan seorang lelaki manipulatif yang diceritakan dalam Toxic Till The End. Ramai yang mula meneka siapakah bekas kekasih dimaksudkan Rose termasuk Jaden Smith, Kang Dong Won, Cha Eun Woo namun tiada satu pun yang disahkan Rose.

JENNIE-TWIN

Bukan lagu tentang lelaki tapi Jennie menulis lagu paling sedihnya menerusi track Twin. Lagu itu menceritakan tentang persahabatannya 10 tahun dengan seseorang yang musnah. Malah, Jennie turut menangis ketika menyanyikan lagu itu secara langsung di konsertnya di Los Angeles baru-baru ini. Peminat mula membuat spekulasi mengaitkan lagu itu dengan rakan masa kecil Jennie iaitu Chahee yang juga ahli kumpulan Melody Day.

JISOO- HUGS AND KISSES 

Satu-satunya ahli Blackpink yang pernah mengesahkan hubungan ialah Jisoo yang dilapor bercinta dengan pelakon popular, Ahn Bo-hyun. Bagaimanapun, Jisoo mengejutkan orang ramai apabila percintaan mereka hanya bertahan selama dua bulan. Menerusi album Amortage dalam track Hugs and Kisses, Jisoo menceritakan perasaan bagaimana dia sudah melupakan seseorang yang mempermainkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya