KWSP simpanan hari tua, tidak harus kelonggaran berlebihan

KWSP simpanan hari tua, tidak harus kelonggaran berlebihan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjejaskan simpanan masa depan pencarum khususnya ketika persaraan kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melonggarkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pencarum.

Jelasnya, prinsip KWSP adalah sebagai simpanan untuk hari tua dan tidak seharusnya mempunyai kelonggaran berlebihan.

“Malah, kebimbangan turut timbul kerana majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang kecil dalam KWSP.

“Jika ruang pengeluaran dibuka terlalu luas, kita sebenarnya menghukum mereka di hari tua. Oleh itu, kerajaan perlu menyeimbangkan antara menyelesaikan masalah mendesak pencarum ketika ini atau membiarkan mereka berdepan kesulitan kewangan selepas bersara,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai kemungkinan kerajaan mempertimbangkan pengeluaran bersasar KWSP bagi pencarum yang kehilangan pekerjaan.

Menurut Anwar, KWSP sebelum ini pernah memberikan pengecualian dan kelonggaran dalam kes rayuan tertentu, khususnya bagi golongan yang benar-benar memerlukan.

“Jika ada kes spesifik seperti keuzuran, KWSP boleh mempertimbangkan permohonan pengeluaran walaupun tidak mengikut peraturan dan kaedah semasa,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya