KWSP kukuhkan kedudukan dengan dividen tertinggi sejak 2017

KWSP kukuhkan kedudukan dengan dividen tertinggi sejak 2017

AHMAD Zulqarnain Onn (dua, kiri) bercakap pada sidang akhbar Taklimat Dividen KWSP 2024 di Menara KWSP, Kwasa Damansara, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin (kiri); Ketua Pegawai Pelaburan, Rohaya Mohammad Yusof (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Teknologi Digital, Muhammad Afhzal Abdul Rahman. – GAMBAR KWSP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2024 sebanyak 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah memberi suntikan keyakinan kepada pencarum dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu dana persaraan paling stabil dan diurus dengan baik.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, kadar dividen itu secara langsung memberikan impak positif kepada pencarum dengan meningkatkan nilai akumulatif simpanan mereka menerusi Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Katanya, ia juga dapat mengukuhkan kedudukan kewangan menerusi Akaun Sejehatera dan Akaun Fleksibel yang boleh di- gunakan untuk tujuan pembelian perumahan, pembiayaan pendidikan serta kesihatan untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

“Jika kadar dividen yang baik seperti ini dapat dikekalkan setiap tahun bergantung kepada prestasi ekonomi semasa serta strategi pelaburan KWSP, jumlah simpanan pencarum akan terus meningkat.

“Ini juga akan memberi manfaat kepada kesejahteraan pencarum pada usia persaraan dengan jumlah pengeluaran yang lebih besar untuk menyara kehidupan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, Bashir berkata, kadar dividen tinggi turut meningkatkan keyakinan pelabur terhadap KWSP sebagaiinstitusikewanganyangstabil, berdaya saing dan mampu menjana pulangan positif serta mengukuhkan aliran kewangan mereka.

Katanya, sentimen positif terhadap dividen ini juga mampu merangsang pelaburan domestik yang lebih kukuh sekali gus menyokong pertumbuhan ekuiti serta pasaran modal.

“Peningkatan kadar dividen ini dijangka akan menjana pembayaran pulangan mencecah hampir RM10 bilion.

“Sekiranya sebahagian jumlah ini digunakan untuk perbelanjaan melalui pengeluaran Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel bagi 2025 dan 2026, ia akan merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik menerusi peningkatan permintaan daripada pencarum sekali gus merangsang penawaran yang lebih baik daripada pengeluar,” katanya.

Sementara itu, perancang kewangan, Faiz Azmi berkata, kadar dividen 6.3 peratus yang diumumkan oleh KWSP memberikan kelebihan kepada pencarum terutamanya dalam aspek pertumbuhan simpanan jangka panjang.

Menurutnya, pulangan yang tinggi memberi impak besar kepada pencarum kerana konsep pulangan berganda (compounding return) yang membolehkan simpanan mereka berkembang dengan lebih cepat dalam tempoh 10, 20 atau 30 tahun.

“Bagi golongan muda yang baru memasuki dunia pekerjaan, kadar dividen ini memberikan motivasi kepada mereka untuk terus menyimpan dalam KWSP kerana pulangan yang dijana lebih tinggi berbanding instrumen simpanan lain dengan risiko yang rendah.

“Jika dibandingkan, KWSP me- nawarkan pulangan lebih tinggi berbanding simpanan tetap (FD) yang berada dalam lingkungan 2.5 hingga 3.5 peratus serta beberapa institusi simpanan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Eksekutif Multimedia, Muhammad Muzaffar Shah Mohd. Kamal, 24, berkata, peningkatan tersebut merupakan satu perkembangan positif khu- susnya bagi golongan muda yang baru memulakan kerjaya.

Katanya, pulangan yang tinggi memberikan keyakinan kepada pencarum untuk terus menabung demi kestabilan kewangan pada masa hadapan.

“Kadar dividen ini jelas memberi manfaat jangka panjang dan menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menyimpan dengan lebih konsisten.

“Diharapkan KWSP dapat terus mengekalkan prestasi cemerlang ini agar kami pencarum muda dapat menikmati simpanan yang lebih kukuh di masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN