Kru Mantera kena kacau, ada ‘benda’ tarik sampai jatuh jurang - Utusan Malaysia

Kru Mantera kena kacau, ada ‘benda’ tarik sampai jatuh jurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Salah seorang kru filem Mantera berdepan detik cemas apabila jatuh ke dalam gaung semasa penggambaran adegan akhir di sebuah hutan buluh, di Sabah.

Menceritakan lebih lanjut perkara itu ialah salah seorang pelakon, Namron, yang memegang watak Sarjan Ramli ketika penggambaran berlangsung Februari tahun lalu.

“Saya sudah berlakon banyak cerita hantu. Siap gali lubang sebelah kubur dan baring di situ. Tapi Alhamdulillah, tidak rasa apa-apa.

“Cuma untuk filem ini, semasa penggambaran adegan akhir ada seorang kru terjatuh dalam jurang. Dia tergolek ke bawah, hilang dan kami semua kena cari.

“Bila sudah jumpa, kami tanya macam mana dia boleh berada di bawah. Dia kata rasa macam ada benda tarik waktu dia tengah bersihkan kawasan dan tebang beberapa pokok sebelum penggambaran,” cerita Namron ketika sesi fotografi bersama Utusan Malaysia, semalam.

Bercerita lanjut mengenai filem Mantera, naskhah arahan Chester Pang itu menampilkam tradisi amalan bomoh yang dipanggil Bobolian dalam masyarakat kaum Dusun di Sabah.

Menurut Namron, unsur budaya dan etnik yang ditampilkan Mantera bakal menjadi nilai komersial membezakan naskhah ini dengan filem seram yang lain.

“Filem tentang bomoh dari semenanjung kebanyakannya menampilkan kaedah rawatan Islam.

“Namun bagi masyarakat Dusun, mereka mempercayai animisme. Jadi upacara, cara dan juga mentera yang digunakan untuk ritual semestinya berbeza.

“Bagi mengelak sebarang isu berkaitan akidah. Semua upacara dan ritual itu memang dilakukan oleh masyarakat di sana.

“Sebagai pelakon beragama Islam, saya hanya menjalankan tugas membawakan watak inspektor dari semenanjung yang ditugaskan menyelesaikan kes di Sabah,” jelasnya.

Mantera menceritakan tentang Tana, yang memiliki kemahiran Bobolian iaitu bomoh. Dia kemudian mula diekori beberapa roh jahat yang ada kaitan dengan nenek moyangnya iaitu Ondiya.

Dua anggota polis dari semenanjung, Inspektor Zafri dan Sarjan Ramli dihantar untuk merungkai misteri tersebut.

Turut sama membintangi naskhah ini ialah Syafie Naswip serta pelakon kelahiran Sabah Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh. Mantera mula menemui penonton pada 24 April ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya