KRPPM cadang letak SPRM bawah Parlimen

KRPPM cadang letak SPRM bawah Parlimen

KUMPULAN Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah mencadangkan agar kerajaan melaksanakan transformasi menyeluruh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah mencadangkan agar kerajaan melaksanakan transformasi menyeluruh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia termasuk dengan menempatkannya di bawah Parlimen bagi memastikan kebebasan dan ketelusan agensi itu terjamin.

KRPPM dalam kenyataan berkata, terdapat pergerakan terhadap cadangan-cadangan reformasi institusi yang kini sedang berjalan secara aktif seperti undang-undang pendanaan politik yang mana sesi libat urus bersama kerajaan sedang berjalan.

Katanya, kumpulan ini melihat usaha mereformasi negara memerlukan kerjasama semua pihak khususnya masyarakat sivil.

“Transformasi menyeluruh SPRM dengan meletakkan agensi itu di bawah Parlimen perlu dilakukan segera bagi mengelakkan wujudnya potensi pendakwaan terpilih melalui pengaruh Eksekutif, “ katanya hari ini.

Dalam pada itu, KRPPM telah mencadangkan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009 bertujuan memelihara kebebasan badan kehakiman.

“Kami percaya sudah sampai masanya cadangan ini diteliti dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan,” katanya.

Justeru, KRPPM menegaskan bahawa kehendak politik, libat urus bersama masyarakat sivil serta penetapan dan pematuhan kepada garis masa merupakan elemen utama dalam memastikan kejayaan reformasi institusi.

“Matlamat ini penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta memperkukuh integriti negara, sekali gus memastikan keberhasilan yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya