KPT tubuh pasukan khas, kaji kenaikan pangkat pensyarah

KPT tubuh pasukan khas, kaji kenaikan pangkat pensyarah

Laporan Utusan Malaysia 6 Mac 2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu pasukan khas akan dibentuk bagi mengkaji dan menilai semula skim kenaikan pangkat pensyarah universiti awam (UA).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pasukan itu akan diketuai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman bagi menyelaras skim kenaikan pangkat pensyarah sekaligus memastikan proses tersebut berlaku dengan adil.

“Ia sebahagian daripada langkah transformasi kepada 20 universiti awam supaya tidak berlaku ketidakselarasan antara satu universiti dengan universiti lain.

“Kita akan melihat semula kriteria yang mereka gunakan agar ada pelarasan dapat dilakukan secara adil nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, semalam.

Akhbar ini mendedahkan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, kriteria kenaikan pangkat pensyarah kepada profesor madya dan profesor perlu dilihat secara teliti dan diseragamkan bagi menggambarkan keserjanaan sebenar mereka.

Dalam pada itu, Zambry berkata, sebuah jawatankuasa telah dibentuk sebelum ini bagi mengkaji dan menilai semula unit integriti di universiti awam.

“Kita berikan syor hal ber­kaitan kepada Jabatan Per­khidmatan Awam (JPA) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), antaranya unit integriti akan diletakkan di bawah lembaga pengarah universiti awam sebagai entiti bebas untuk memastikan ke­telusan tugas dan pemantauan integriti.

“Ini kerana, unit integriti di universiti awam tiada keseragaman termasuk daripada segi bilangan kakitangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya