KPN zahir penghargaan anggota, pegawai polis bertugas ketika musim perayaan

KPN zahir penghargaan anggota, pegawai polis bertugas ketika musim perayaan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada seluruh pegawai dan anggota polis yang bertugas sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara terpelihara.

Beliau berkata, pihaknya termasuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memandang ringan terhadap pengorbanan anggota dan pegawai yang bertugas sepanjang perayaan Aidilfitri.

“Kita tidak memandang ringan pengorbanan mereka dan sedar bahawa anggota dan pegawai sanggup meninggalkan keluarga di rumah bagi memastikan keselamatan negara terjamin. 

“Harapan saya adalah agar mereka semua menjalankan tugas dengan selamat dan dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat kembali kepada keluarga setelah operasi yang dijalankan selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada semua yang pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan kenderaan anda diselenggara dengan baik serta berada dalam keadaan selamat untuk perjalanan.

“Rancang perjalanan anda dengan baik dan bersikap sabar serta berhemah ketika di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah melancarkan Op Selamat bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

“Hampir 7,000 pegawai dan anggota bertugas sepanjang tempoh ini bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Kita berharap pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan jalan raya agar dapat selamat tiba ke destinasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya