KPDN buat pemantauan berterusan elak santan dicampur air

KPDN buat pemantauan berterusan elak santan dicampur air

ROHAIDA Hassan (kanan) meninjau salah sebuah gerai santan sempena pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 di pasar besar Sena, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri meneruskan pemantauan pada musim perayaan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan mencampurkan santan dengan air untuk meraih keuntungan.

Pengarahnya, Rohaida Hassan berkata, pemantauan tersebut sentiasa dilaksanakan dan berharap peniaga tidak melakukan tindakan sedemikian kepada pengguna.

Katanya, menjelang Aidilfitri, bekalan kelapa dan harga santan di negeri ini stabil selepas bekalan kelapa diperoleh dari Sabah dan Sarawak.

Ujar beliau, selain itu, harga santan sekitar Perlis juga masih berada pada paras bawah harga siling iaitu RM17.50 sekilogram dan tidak meningkat sehingga RM20 sekilogram seperti mana di beberapa tempat lain.

“Sewaktu krisis sebelum ini, harga santan sekitar Perlis tidak pernah meningkat sehingga RM20 sekilogram dan kadar paling tinggi adalah pada paras harga siling iaitu bawah RM17.50 sekilogram.

“Dan untuk perayaan ini, KPDN menjangkakan bekalan santan dan harganya juga masih stabil untuk keperluan pengguna di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 di Pasar Besar Sena, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tinjauan itu, Rohaida berkata, SHMMP Hari Raya Puasa 2025 berkuat kuasa dari 24 Mac sehingga 7 April depan melibatkan 26 jenis barangan yang akan dikawal di bawah inisiatif itu.

Katanya, empat barangan telah ditambah pada pelaksanaan SHMMP kali ini seperti bawang merah kecil India, lobak merah dan santan.

“Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti permintaan, penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya