Kontrak Datuk Bandar Ipoh tidak disambung tiada kaitan isu larangan penjualan arak

Kontrak Datuk Bandar Ipoh tidak disambung tiada kaitan isu larangan penjualan arak

MUHAMMAD HAMZAH MD. HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kontrak Datuk Rumaizi Baharin yang tidak disambung sebagai Datuk Bandar Ipoh tiada kaitan dengan isu larangan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam di sini.

 

Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhammad Hamzah Md. Hamdan berkata, tiada sambungan kontrak itu adalah kerana tempoh perkhidmatannya sudah mencapai had lima tahun, seperti mana amalan biasa dalam perkhidmatan awam.

 

Beliau berkata demikian sebagai menangkis spekulasi kononnya keputusan tiada penyambungan kontrak Rumaizi mempunyai kaitan dengan isu larangan penjualan arak.

 

“Spekulasi ini adalah tidak berasas. Isu ini sedang dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

 

“Kita perlu jelas, Datuk Rumaizi tidak disambung bukan kerana isu arak, bukan kerana tekanan mana-mana pihak, tetapi kerana tempoh perkhidmatannya sudah mencapai had lima tahun, seperti mana amalan biasa dalam perkhidmatan awam.

 

“Ini adalah prosedur biasa, bukan sesuatu yang luar biasa atau bermotif politik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 

Semalam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan berkenaan status Rumaizi yang akan berakhir setelah menjadi Datuk Bandar sejak 1 April 2020.

 

Kata Muhammad Hamzah, sejak pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang pertama pada tahun 1988, tiada seorang pun berkhidmat sehingga enam tahun.

 

“Ini membuktikan bahawa amalan pertukaran selepas lima tahun adalah sesuatu yang biasa dan telah lama diamalkan. Tidak timbul isu tekanan politik atau sebarang campur tangan dalam keputusan ini,” katanya.

 

Katannya, masyarakat mesti berpegang kepada fakta dan menolak propaganda yang tidak berasas kerana Islam mengajar untuk menyampaikan kebenaran, bukan menyebarkan fitnah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya