Kongsi Rezeki kumpul lebih RM33,000 dalam sehari - Utusan Malaysia

Kongsi Rezeki kumpul lebih RM33,000 dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Kongsi Rezeki: Sama Sama Kenyang mencatat kejayaan luar biasa dengan penganjuran pertama Majlis Tahfiz Berselawat, yang berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM33,687 dalam sehari.

Peneraju utama Kongsi Rezeki, Putra Amaris berkata,merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan Kongsi Rezeki bagi membantu golongan asnaf, anak-anak tahfiz, pesakit kanser kanak-kanak, warga emas, serta gelandangan.

“Kongsi Rezeki bukan sekadar program bantuan, tetapi satu gerakan yang mengajak masyarakat untuk bersama-sama berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan, membuktikan bahawa masih ramai yang prihatin terhadap kerja-kerja kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, Putra Amaris menambah, hasil kutipan akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz Misbahul Falah Keramat bagi menyokong pendidikan tahfiz dan Adina Charity Circle untuk membantu rawatan perubatan anak-anak pejuang kanser.

“Kami melihat keikhlasan orang ramai dalam menyumbang, sama ada dalam bentuk kewangan, barangan, atau tenaga sukarelawan. Ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus menganjurkan program seperti ini pada masa akan datang.

“Kongsi Rezeki bukan sekadar program amal, tetapi platform untuk menyemai nilai kasih sayang dan empati dalam kalangan masyarakat. Kami berharap usaha ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

“Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga membawa keberkatan kepada para penyumbang,” ujarnya.

Program yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur itu juga sebahagian daripada usaha murni dengan kerjasama penaja dari pelbagai syarikat membantu melancarkan program Tahfiz Berselawat dan menjalankan tanggungjawab sosial serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh berkat.

Kejayaan program itu turut diperkukuhkan dengan sumbangan tambahan sebanyak RM30,000 daripada seorang individu dermawan

Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh beberapa tokoh penting, termasuk Mohd Khairi Mohamed (Rakan Kongsi Saloma), Dr. Raja Laila Rani Mohammad Abdullah (Pengerusi The Muslim World Women’s Summit), dan Aman Rasyidi Mohd Noor (COO SoftRein.

Kumpulan nasyid tersohor Raihan, yang memeriahkan acara dengan persembahan istimewa mereka.

Pengasas NGO Pertubuhan Jejak Jalanan, Abe Hae (Azhan Adnan), yang telah membantu golongan miskin bandar di Chow Kit sejak 2022, turut memainkan peranan penting dalam memastikan pengagihan bantuan ini berjalan lancar.

Selain kutipan dana, program ini turut menyaksikan kejayaan penjualan 30 meja berbuka puasa, dengan hasilnya disalurkan terus kepada penerima manfaat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya