KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga di sini menjual ayam panggang pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran iaitu hanya RM18 seekor untuk berkongsi rezeki sepanjang Ramadan ini. Saidatul Fatihah Muhammad, 33, berkata, setiap hari dia menyediakan antara 300 hingga 400 ekor ayam di kedai makan miliknya yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin. Katanya, pada hari cuti umum pula, jualan ayam panggang itu mencecah hingga 600 ekor berikutan permintaan luar biasa daripada pelanggan tetapnya. “Memang ramai yang kata ini adalah harga yang paling murah memandangkan seekor ayam panggang di tempat lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya