Kon Yeow enggan ulas spekulasi jadi Pengerusi DAP

Kon Yeow enggan ulas spekulasi jadi Pengerusi DAP

CHOW Kon Yeow (tengah) menyampaikan sumbangan kepada para penerima bantuan kebajikan i-Sejahtera di George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Chow Kon Yeow enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi bahawa beliau akan menggantikan Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Kebangsaan parti itu.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, ketika ini, beliau lebih selesa untuk merendah diri dalam politik dan enggan memberi komen terhadap desas-desus tersebut.

“Saya bergerak ke hadapan. Saya lebih suka kekal dengan personaliti rendah diri dalam parti, buat masa ini.

“Saya tidak mahu komen perkara ini (bakal jadi Pengerusi DAP) yang boleh menjadikan saya lebih tinggi diri (high key),” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, timbul ura-ura mengatakan Kon Yeow antara nama yang disebut-sebut untuk menerajui DAP selepas tempoh kepimpinan Guan Eng berakhir.

Kon Yeow yang menyandang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP mengesahkan akan mempertahankan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan Ahad ini, walaupun tidak bertanding pada sesi pemilihan parti di peringkat negeri.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, seramai 274,151 penerima bantuan kebajikan i-Sejahtera akan menerima bayaran bagi Fasa 1/2025 bermula hari ini, melalui kaedah pemindahan dana elektronik (EFT).

Kon Yeow berkata, pembayaran melibatkan peruntukan sebanyak RM49.45 juta itu memberi manfaat kepada pelbagai golongan, termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan suri rumah.

Katanya, daripada jumlah penerima yang layak, seramai 205,089 merupakan penerima Program Bantuan Penghargaan Warga Emas diikuti 43,321 penerima Program Suri Emas.

“Selain itu, seramai 15,330 orang menerima manfaat daripada Program Bantuan OKU, manakala 10,411 lagi terdiri daripada penerima Program Bantuan Ibu Tunggal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya