PETALING JAYA: Larian bertaraf antarangangsa Kuala Lumpur StandarACARA larian bertaraf antarangangsa Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLCM) 2025 kembali lagi pada 4 dan 5 Oktober 2025.
ACARA larian bertaraf antarangangsa Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLCM) 2025 kembali lagi pada 4 dan 5 Oktober 2025.
d Chartered Marathon (KLCM) 2025 yang merupakan acara tahunan akan diadakan pada 4 dan 5 Oktober nanti.
Bagaimanapun, acara yang berjaya menarik lebih 40,000 peserta itu mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminat.
Ini disebabkan tempat berlangsungnya larian terbesar anjuran Dirigo Events itu masih belum diputuskan, berbeza berbanding tahun -tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, menurut Pengarah Projek SCKL Rainer Biemans, penganjuran kali ini akan diadakan lokasi berbeza dan bukan di Dataran Merdeka.
“Garisan permulaan dan penamat tidak akan bermula di Dataran Merdeka. Ini disebabkan kerja ubahsuai sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Tiada sebarang penganjuran acara sehingga 31 Disember tahun ini,” katanya di Facebook.
Berdasarkan ilustrasi poster yang tular sebelum ini memberi gambaran seolah-olah acara maraton antarabangsa edisi 2025 itu mungkin berlangsung berhampiran KLCC.
Bagaimanapun penganjur membayangkan acara itu tetap berlangsung di Kuala Lumpur dan bukannya luar ibu kota.-UTUSAN