KLIA2 sesak, anak perantauan mula balik kampung sambut Aidilfitri

KLIA2 sesak, anak perantauan mula balik kampung sambut Aidilfitri

TINJAUAN warga kota mula pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri menjadikan KLIA Terminal 2 semakin sibuk dan dibanjiri orang ramai. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lumpur Terminal 2 (KLIA2) dilaporkan mulai sesak dengan jumlah penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing memilih mod pengangkutan udara bagi sambutan Aiidlfitri.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia di sini khususnya bagi perlepasan dalam negeri,kapasiti penumpang bagi laluan domestik terutama penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan terus meningkat hari ini berbanding semalam.

Bagi pegawai penjara, Mohd. Saiful Tasip, 26, dia menasihatkan penumpang yang bakal pulang beraya untuk merancang perjalanan dan berada lebih awal di lapangan terbang untuk mengelakkan situasi tertinggal pesawat.

“Pada musim perayaan jumlah penumpang sentiasa ramai, jadi kita perlu rancang perjalanan sebaiknya agar tidak berdepan situasi panik termasuk tertinggal pesawat.

“Seperti saya, meskipun penerbangan ke Labuan pada sebelah petang, namun saya sudah berada di KLIA2 sejak pukul 8.30 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penumpang yang ingin menaiki penerbangan ke Kota Kunabalu, Nurul Najieha Sharom, 28, berkata, dia mengambil keputusan untuk ‘terbang’ tengah hari ini bagi mengelakkan peningkatan penumpang pada waktu petang.

“Seperti ramai jangkakan, jumlah penumpang akan meningkat pada sebelah petang untuk pulang ke kampung halaman, jadi saya ambil keputusan untuk terbang lebih awal.

“Ini tahun kedua saya beraya di Kota Kinabalu memandangkan suami bekerja sebagai polis di sana, memang perlu buat persediaan awal termasuk membeli tiket kapal terbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi sorang penjawat awam, Mariati Fauzi, 38, yang mahu pulang ke Kelantan berkata, dia tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk pulang menaiki pesawat sempena Aidilfitri.

“Meskipun harga tiket pesawat pada hari raya harga sedikit ‘keras’, namun saya tidak kisah kerana tidak mahu tersekat di dalam kesesakan jika pulang dengan menaiki kereta.

“Sejak bekerja di ibu kota, ini sudah masuk tahun ke-10 saya pulang beraya di Kelantan dengan menaiki pesawat, ia lebih mudah dan menjimatkan masa,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan nasihat penerbangan dikeluarkan AirAsia, penumpang dinasihatkan berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa.

Tempoh itu bagi membolehkan penumpang melalui proses perjalanan semasa tempoh perjalanan puncak dengan lebih selesa dan terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya