Klepok Raya: Aliff Syukri diperintah bela diri

Klepok Raya: Aliff Syukri diperintah bela diri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman untuk membela diri atas empat pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang menerusi lagu ‘Klepok Raya’, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin berjaya membuktikan prima facie kes itu.

Ketika membaca keputusannya, hakim itu menyatakan bahawa video yang dimuat naik pada bulan Ramadan itu adalah tidak sopan, yang mana bulan umat Islam berpuasa dan harus dihormati.

Aliff Syukri diwakili peguam bela, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Mohd. Radzlan Jalaludin.

Pada 13 Oktober 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini satu muzik video lagu raya berdurasi 5 minit 23 saat pada 2022 menjadi kontroversi apabila memaparkan aksi keterlaluan beberapa orang penari lelaki yang disifatkan mencemari sambutan perayaan Aidilfitri serta mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya