KKM semak caj konsultasi klinik swasta

KKM semak caj konsultasi klinik swasta

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan sedang menyemak semula caj konsultasi doktor di klinik swasta yang tidak pernah disemak sejak 32 tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Jadual Ketujuh Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta ((Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 di bawah Akta 586 mengawal selia caj perundingan dan caj tatacara bagi pengamal perubatan am yang memberikan perkhidmatan di klinik perubatan am swasta (GP).

“KKM kini sedang dalam usaha untuk menyemak semula fi perundingan bagi pengamal perubatan perubatan am yang memberikan perkhidmatan di klinik perubatan am swasta yang tidak dipinda sejak 2006.

“Untuk makluman, KKM sedang bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi menjalankan simulasi dan mendapatkan julat harga yang sesuai dengan mengambil kira kesan kenaikan fi konsultasi ini kepada Indeks Harga Pengguna (CPI),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN – Ayer Hitam) berhubung sejauh mana kadar caj konsultasi doktor yang tidak berubah sejak 32 tahun memberi kesan terhadap inflasi kos rawatan melibatkan klinik swasta.

Pada Januari lalu, akhbar ini melaporkan bahawa kadar caj konsultasi doktor swasta tidak mengalami sebarang perubahan sejak 32 tahun lalu.

Ini menyebabkan pihak ter­babit terpaksa menaikkan caj kos operasi yang semakin meningkat, termasuk sewa premis, kos utiliti, peralatan perubatan serta perbelanjaan berkaitan teknologi dan sumber manusia telah meletakkan tekanan besar ke atas klinik swasta.

Presiden Persatuan Peru­ba­tan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Kalwinder Singh Kai­­ra berkata, yuran doktor di­tetapkan di bawah Jadual Ba­­yaran Ketujuh Akta dan ti­dak boleh dinaikkan sesuka hati.

Katanya, dengan kos operasi yang tinggi dan yuran GP yang tidak berubah selama lebih 30 tahun, mencari jalan untuk me­ngurangkan caj rawatan akan menjadi satu cabaran yang besar.

“Walaupun begitu, kadar yu­ran yang kekal sama sejak lebih tiga dekad lalu te­lah menyukarkan penyedia per­khidmatan kesihatan untuk terus beroperasi secara mampan.

“Keadaan ini menjadi cabaran besar bagi pengusaha klinik swasta. Banyak klinik terpaksa menutup operasi dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya