Ketua balai polis didakwa mencuri, tidak tangkap suspek jenayah

Ketua balai polis didakwa mencuri, tidak tangkap suspek jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Balai Polis Bukit Jalil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mencuri dan tidak menangkap seorang lelaki yang terbabit dengan jenayah.

Di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhamad Dan, tertuduh, Inspektor Azlan Sudin, 45, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencuri sebanyak RM300,000 dan sebuah beg Prada hitam milik seorang wanita berusia 35 tahun di antara pukul 5.45 petang dan 6.20 petang, 21 Februari lalu di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Sementara itu, di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd, Halim, sebagai anggota polis berpangkat Inspektor yang berkewajipan di sisi undang-undang, tertuduh sama didakwa sengaja tidak menangkap seorang lelaki berusia 35 tahun yang terbabit dalam kesalahan Seksyen 8(8) Akta Senjata 1960.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang kini telah ditukarkan ke balai polis berlainan pada 21 Februari lalu di antara pukul 6.50 petang dan 7 petang di lobi Balai Polis Bukit Jalil, Cheras si sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan-tmbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa dan Nursyuhada Husna Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Huang Yee Ching.

Kedua-dua mahkamah membenarkan Azlan diikat jamin sebanyak RM6,000 untuk kesemua pertuduhan. Kedua-dua kes masing-masing ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 dan 21 Mei ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya