Ketengah salur hampir RM1juta bantu golongan kurang mampu 

Ketengah salur hampir RM1juta bantu golongan kurang mampu 

AHMAD Said (berdiri, dua dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada seorang penerima pada Program Ikatan Kasih Madani di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan sebanyak RM934,200 untuk Program Ikatan Kasih Madani sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan itu diagihkan kepada 4,052 asnaf dan golongan kurang berkemampuan serta 85 buah surau di wilayah itu.

“Sebanyak RM647,800 diperuntukkan untuk 3,239 penerima yang terdiri daripada golongan miskin, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit terlantar yang mana setiap individu menerima RM200. 

“Kita juga memperuntukkan sebanyak RM243,900 untuk pembelian kelengkapan dan duit raya kepada 813 anak-anak yatim,” katanya pada Program Ikatan Kasih Madani di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini,  semalam.

Ahmad berkata, Ketengah turut menyediakan geran sumbangan pengimarahan sebanyak RM42,500 kepada 85 buah surau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya