Kes samun kedai emas: 12 keterangan diambil

Kes samun kedai emas: 12 keterangan diambil

HUSSEIN (tengah) memberi cenderahati kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas), di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KAJANG: Seramai 12 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan kes samun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu itu terdiri daripada saksi dan seorang suspek yang terlibat dengan kes berkenaan.

“Siasatan kes tersebut hampir selesai, kita telah merakam percakapan 12 individu bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas), di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan penjenayah disyaki melakukan samun dan melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai RM2 juta itu adalah anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti.

Menurutnya, suspek berusia 32 tahun itu melakukan jenayah terbabit bersendirian dengan menggunakan senjata api syarikat tempatnya bertugas.

Dia ditahan pada Ahad dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan menggunakan senjata api.

Polis menemukan semula sejumlah barangan kemas yang disamun.

Sabtu lalu, Pusat Kawalan Polis Daerah (DCC) IPD Petaling Jaya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian samun bersenjata api di kedai emas terbabit pada jam 4.56 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya